JAKARTA: Artis dari Indonesia Syahrini akhirnya mendedahkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang kerabat diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.
Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani,30, berkata, mereka telah bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010.
“Hubungan kami sudah berjalan sejak dua tahun lalu. Dalam tempoh itu ia tiada masalah cuma saya tidak mahu ia diketahui ramai,” katanya bagi menjelaskan hubungan mereka ketika ditemui pemberita di Royal Hotel, Bogor, dekat sini.
Tambah wanita itu, pada bulan Februari lalu dia telah menerima sebentuk cincin berlian daripada Bubu dalam pertemuan makan malam serta jambangan bunga bagi meraikan cinta mereka.
Sementara itu Bubu memberitahu dia bukanlah lelaki yang berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia.
Beliau turut mengesahkan dirinya adalah kerabat diraja yang berasal dari Selangor.
“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.
"Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu," ujar Bubu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: