
SHAH ALAM – Pahang dan Selangor menjadi negeri terawal mempunyai pasukan penguat kuasa pemantau kempen pilihan raya yang ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, di Pahang pasukan itu ditubuhkan bagi kerusi Parlimen manakala di Selangor pula untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Penubuhan pasukan ini yang berperanan memastikan kempen pilihan raya berjalan lancar akan diperluaskan ke negeri lain pada pertengahan bulan depan, mengikut keperluan dan kesesuaian di setiap negeri bagi menjimatkan kos.
“Pengarah SPR di setiap negeri sedang mendapatkan pandangan daripada pegawai pengurus pilihan raya untuk menentukan sama ada pasukan ini perlu ditubuhkan di kawasan Parlimen atau DUN,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat berhubung pasukan tersebut kepada pegawai pengurus pilihan raya bagi negeri Selangor di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: