Thursday, May 24, 2012

Sebak apabila membaca warkah



MUNGKINKAH seorang anak dapat membalas segala jasa ibu mereka walaupun diberikan peluang untuk hidup selama 100 tahun?

Mungkin ramai beranggapan bahawa hasrat membalas jasa ibu tidak akan tercapai sepenuhnya jika mahu dilaksanakan. Begitupun, cara yang paling mudah dan mulia adalah dengan terus-menerus melakukan perkara yang menggembirakan hati ibu.

Dengan menggunakan sambutan Hari Ibu sebagai tema, Resorts World Genting dengan kerjasama akhbar Kosmo! telah menganjurkan peraduan Warkah Buat Ibu yang bertujuan menyediakan platform kepada para peserta untuk membalas jasa ibu masing-masing.

Peraduan yang berlangsung dari 6 hingga 30 April lalu itu menawarkan pakej percutian tiga hari dua malam berserta spa di Awana Porto Malai Langkawi.


PARA pemenang peraduan Warkah Buat Ibu teruja mengikuti aktiviti pelayaran dan penginapan di Awana Porto Malai Langkawi.


Peserta peraduan itu dikehendaki menulis sepucuk surat tidak lebih 200 patah perkataan berdasarkan mana-mana enam tema yang disediakan penganjur.

Warkah terpilih telah dipaparkan di akaun Facebook Awana Hotels & Resorts dan Kosmo! Online agar peserta lain boleh memilih surat kegemaran dan klik 'Like' padanya.

Sebanyak sembilan orang pemenang peraduan itu telah diraikan selama tiga hari di pulau legenda Langkawi bermula 18 hingga 20 Mei lalu dan rata-rata peserta yang ditemui mengakui cukup teruja dan berasa bertuah kerana terpilih sebagai pemenang.

Kedatangan para pemenang ke Awana Porto Malai Langkawi turut diiringi Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Genting, Katherine Chew dan pegawainya, Syahrul Zuhara S.A. Kamal, Chen Pelf Yeen dan Mei Ching Lee Yee.


PARA pemenang peraduan Warkah Buat Ibu diraikan dalam sebuah pelayaran di Langkawi sambil menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam.


Berikut dipaparkan coretan warkah daripada semua pemenang peraduan Warkah Buat Ibu iaitu Narmawarni Abdul Kadir, Zuriman Zakaria, Mohd. Shafari Johar, Tan Liong Ching, Anuar Mohd. Yusof, Zulkifli Kardi, Norashikin Johar, Ahmad Daud Abdul Manan dan Muhammad Fikri Aiman Romlan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: