MELIHAT potensi besar dalam industri makanan tambahan, Abdul Fattah Suhaimi, 24, nekad menceburi bidang perniagaan dengan menjual, Alphalipid, secara atas talian.
Bermodalkan RM600 untuk membeli stok produk, perniagaan yang dimulakan sejak tiga tahun lalu itu semakin diterima dan terus mendapat sambutan pengguna.
Menurutnya, maklumat mengenai makanan tambahan sering dicari pengguna dalam Internet.
Katanya, yang juga seorang pelajar separuh masa dan pekerja tetap di sebuah syarikat, minatnya untuk menjalankan perniagaan ini mendorongnya menyertai bengkel bersama salah seorang jutawan negara, Dr Irfan Khairi yang dianggap sifunya.
Mengulas mengenai pasaran produknya, sehingga kini, pasaran produk Alphalipid telah melangkau ke luar negara iaitu ke Brunei dan Thailand.
Malah, sepanjang menjalankan perniagaan ini, Fattah pernah berdepan pelanggan yang sanggup datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semata-mata untuk mengambil produk yang ditempah.
Jika pada awal perniagaan, sambutan kurang memberangsangkan, namun kini, Fattah sekurang-kurangnya mampu menarik nafas lega apabila mampu menjual sekitar 80 hingga 90 tin Alphalipid sebulan dengan purata keuntungan RM3,000 hingga RM4,000.
Bakal buka kedai
Disebabkan sambutan menggalakkan, Fattah kini melangkah setapak ke hadapan apabila bakal membuka sebuah kedai dan pejabat operasi pertama di Bangi pertengahan tahun ini.
Dengan pelaburan RM8,000 termasuk pengubah suaian, kedai itu akan digunakan sebagai pejabat pengurusan dan tempat simpanan stok.
“Serentak pembukaan kedai itu juga, saya akan mempelbagaikan produk bagi memenuhi permintaan pelanggan sekali gus memberi lebih pilihan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, sebagai perancangan jangka masa panjang, Fattah berhasrat meluaskan pasaran makanan tambahannya ke Eropah dan seterusnya seluruh dunia.
Selain itu, dia juga akan mencuba cabang perniagaan baru bersama sifu, yang akan menjual pelbagai jenis bahan bacaan dan menceburi bidang hartanah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: