Lara Dutta
Selepas melahirkan anak, aktres Lara Dutta kini semakin sibuk dengan program kesihatannya bagi mendapatkan kembali bentuk tubuh yang ideal.
Terkenal sebagai selebriti yang sering mengamalkan Yoga, Lara kini muncul memperkenalkan DVD terbarunya iaitu senaman Yoga khusus untuk wanita mengandung berjudul Prenatal Yoga with Lara Dutta.
DVD tersebut dicetuskan sendiri oleh aktres ini memandangkan sambutan hangat yang diterima untuk DVD Yoganya sebelum ini yang berjudul H.E.A.L with Lara.
Mendapat nasihat daripada Tonia Clark sebagai jurulatih Yoga untuk Ibu Mengandung, senaman yang diselitkan dalam DVD ini juga dapat membantu wanita mengandung merehatkan minda sekali gus menyediakan mereka untuk proses sebelum bersalin
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: