LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Seorang tukang urut yang tidak dikenali turut serta dalam saman sebanyak AS$2 juta (RM6.13 juta) ke atas pelakon terkenal, John Travolta (gambar).
Travolta didakwa melakukan gangguan seksual ke atas kedua-dua lelaki itu dalam dua insiden berbeza sewaktu sesi mengurut, jelas dokumen mahkamah yang difailkan pada Selasa lalu.
Lelaki kedua dari Georgia yang dirujuk sebagai John Doe No. 2 mendakwa Travolta meraba kaki, menyentuh kemaluan dan cuba mengajaknya mengadakan hubungan seks dalam satu temu janji peribadi di bilik pelakon tersebut di sebuah hotel di Atlanta pada 28 Januari lalu.
Tuduhan itu timbul selepas John Doe No. 1 dari Texas mendakwa Travolta melakukan gangguan seksual ke atasnya di Hotel Beverly Hills pada 16 Januari lalu.
"Dakwaan kedua ini merepek dan tidak masuk akal, sama seperti tuduhan pertama. Anak guam saya menyangkal sepenuhnya kedua-dua tuduhan ini," kata peguam Travolta, Martin Singer.
Sementara itu, peguam plaintif, Okorie Okorocha memberitahu, memandangkan tuduhan asal difailkan pada minggu lalu, dia percaya lebih ramai mangsa akan tampil.
"Saya akan memfailkan setiap tuduhan mangsa. Travolta perlu berdepan dengan saya. Saya tidak takut," kata Okorocha.
Okorocha menyatakan mangsa tidak membuat laporan polis kerana mereka tidak fikir polis akan percaya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: