Sunday, May 13, 2012

Kamkorder lasak

pix_gal0
KAMKORDER tahan lasak yang mampu berdepan cuaca hujan dan habuk diperkenal syarikat pengeluar produk elektronik Jepun, Panasonic Malaysia Sdn Bhd, untuk pasaran tempatan.

Menerusi model HX-WA20, kamkorder diperkenalkan bagi membolehkan pengguna menikmati rakaman di luar walau dalam apa jua keadaan.
Teknologi tersendiri yang digunakan Panasonic membenarkan kamkorder berkenaan WA20 mengoptimumkan proses rakaman dengan memastikan lembapan dan habuk tidak memasuki ke dalam kamera terbabit.
Lebih unik mengenai WA20 adalah sistem pengesan imej terkini Panasonic dan enjin peningkatan imejannya membolehkan rakaman dilakukan dalam persekitaran yang malap.

Umpamanya, ketika dalam suasana tertentu dan kurang cahaya rakaman visual dilaksanakan pada resolusi Definisi Tinggi (HD) 1920 x 1080 yang menarik.

Penggunaan sistem sudut luas 28 milimeter dan zoom pintar 15 kali memberikan tambahan terhadap kepelbagaian aspek rakaman.

Selain itu, ciri terbaru Mod Pergerakan Perlahan yang diperkenalkan pada kamkorder terbabit menawarkan rakaman visual lebih kreatif kepada pemiliknya.
Malah, bagi memastikan rakaman visual yang dihasilkan berbeza dengan produk pengeluar lain, Panasonic meningkatkan sistem penstabilan kameranya menerusi teknologi unik serta moden.

Ia dipertingkatkan menerusi kepada sistem empat garisan berbanding dua yang digunakan sebelumnya dalam memastikan imej yang dihasilkan tepat serta jelas.

Sekiranya WA20 hendak digunakan bagi rakaman acara sukan, pelbagai ciri sokongan disediakan bagi tujuan rakaman visual berkualiti tinggi.

Rekaan yang memberi tumpuan kepada penempatan butang navigasi mudah digunakan diketengahkan bagi memastikan ia lebih stabil walaupun dengan hanya menggunakan satu tangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: