DICALONKAN...Jennifer dicalon untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi The Hunger Games.
ANUGERAH Filem MTV 2012 hanya beberapa minggu lagi dan kelihatannya sudah timbul pertarungan antara wanita lucu dalam Bridesmaid dengan heroin The Hunger Games.
Dua filem itu mendahului pencalonan, masing-masing dengan lapan kategori.
Untuk tahun ini, watak utama wanita berkisar pada kisah seorang wanita yang tidak romantik cuba mengendalikan teman baiknya yang akan berkahwin dan seorang lagi yang berjuang untuk membolehkan dirinya dan adiknya terus hidup, mengisahkan cerita mengenai peranan kakak dengan cara berbeza.
Namun, kedua-duanya akan bersaing untuk gelaran Filem Terbaik tahun ini dan Pelakon Wanita Terbaik dengan Jennifer Lawrence sebagai Katniss dalam The Hunger Games dan Kristen Wiig sebagai Annie dalam Bridesmaids.
Namun pencalonan untuk kategori wanita itu tidak tertumpu kepada dua filem popular itu saja.
Jennifer Aniston, Emma Stone, Emma Watson, Melissa McCarthy, Channing Tatum dan Rooney Mara juga menerima pencalonan.
Malah, filem Harry Potter and the Deathly Hallows: Bahagian 2 serta The Twilight Saga: Breaking Dawn - Bahagian 1 turut bersaing untuk anugerah filem terbaik.
Jennifer yang lebih ketara sebagai pelakon senior dicalonkan untuk trofi itu pada usia 43 tahun, bersaing untuk wataknya sebagai doktor gigi gila seks dalam Horrible Bosses.
Calon yang turut bersaing bersama Jennifer dan Kristen ialah Emma Stone untuk Crazy, Stupid, Love; Emma Watson untuk Deathly Hallows dan Rooney Mara untuk The Girl with the Dragon Tattoo.
Ryan Gosling dicalonkan untuk kategori pelakon lelaki terbaik untuk Drive, manakala Daniel Radcliffe mungkin boleh meraih trofi untuk lakonannya dalam Harry Potter, Josh Hutcherson pula dicalonkan untuk The Hunger Games dan Joseph Gorodn-Levitt untuk 50/50.
Kategori lain, termasuk Ciuman Terbaik, Transformasi Terbaik dan adegan Pergaduhan Terbaik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: