PETALING JAYA: Hampir tiga minggu bergelar isteri, aktres Nur Fasha Sandha Hassan, 28, mengesahkan dia kini hamil lebih kurang seminggu.
Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia pada Selasa, Fasha yang bernikah dengan Rizal Ashram Ramli, 36, (Jejai) pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, mengumumkan berita gembira itu menerusi kemaskini Twitter peribadinya pada Isnin.
“Rezeki daripada Allah yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur, alhamdulillah,” katanya yang mendapat ucapan tahniah tidak putus-putus daripada peminat.
Pasangan yang baru balik daripada berbulan madu di Pulau Redang itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga mereka.
“Soal anak, bila-bila masa saja. Kami tidak merancang. Kalau dapat rezeki cepat, kami terima dengan hati terbuka,” katanya.
Fasha turut memberitahu, dia sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendapatkan cahaya mata.
“Alhamdulillah, selain berikhtiar doa saya dimakbulkan Allah kerana Dia maha mendengar,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: