Thursday, May 17, 2012

Dekati pelanggan melalui kempen


PERODUA Tweckbot merupakan salah satu program yang mampu mendekati pelanggan dengan menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma menjelang musim cuti perayaan.


KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melancarkan inisiatif baharu untuk mendekati pengguna menerusi kempen Apakah Cerita Perodua Anda.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha syarikat pengeluar kereta kompak nasional itu untuk menjadi lebih peka kepada kehendak dan suara hati pelanggan.

Dalam masa yang sama, ia adalah untuk membantunya menawarkan kenderaan dan perkhidmatan yang lebih berorientasikan pengguna pada masa depan.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, sejak model kenderaan pertama syarikat iaitu Kancil menemui pengguna hampir 19 tahun yang lalu, terdapat lebih daripada dua juta kenderaan Perodua menyusuri jalan raya.

"Setiap satu daripadanya pasti mempunyai cerita masing-masing dan kami rasa sudah tiba masanya untuk Perodua mewujudkan satu platform bagi para pengguna berkongsi pengalaman mereka," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Aminar sendiri akan terlibat secara langsung dalam inisiatif tersebut dan akan mendengar apa yang bakal dikongsi oleh para pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: