Perjalanan hidup mantan petinju kelas berat, Mike Tyson, ini tidak pernah sunyi daripada kontroversi dan pengakuannya.
Sering keluar masuk penjara, Mike mengakui dia pernah mempunyai hubungan sulit dengan seorang petugas penjara tempat tahanannya.
Malah, petugas penjara itu telah mengandungkan anaknya tanpa pengetahuan sesiapa sehinggalah Mike sendiri membuka pekungnya.
“Saya tidak pernah bercerita mengenai hal ini tetapi hakikatnya, perkara sebegini biasa berlaku. Tapi, anak itu tidak pernah lahir,” katanya lagi.
Kemungkinan besar, wanita petugas itu melakukan pengguguran sebelum bayi itu dilahirkan.
Sebelum ini, Mike pernah dikenakan hukuman penjara selama 18 tahun kerana kesalahan memperkosa gadis 18 tahun, Desiree Washington pada 1992.
Pada saat usia 13 tahun, Mike dimasukkan ke penjara sebanyak 38 kali. Namun, kerana kehebatannya dalam dunia sukan tinju, dia pernah menjadi juara dunia tinju kelas berat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: