
NILAI – Kira-kira 300 orang penduduk di kawasan sekitar Taman Mulia, Mantin di Negeri Sembilan di sini ada sebab untuk marah-marah.
Apa tidaknya, setiap hari mereka terpaksa menghidu bau busuk daripada lori sampah dan juga lori yang membawa ayam dari kilang berhampiran yang melalui jalan di taman mereka sejak empat tahun lalu.
Seorang wakil penduduk, Saadon Abd. Manan berkata, selain bau busuk, persekitaran rumah mereka juga berhabuk.
“Penduduk terdedah dengan habuk dan bau tahi ayam yang diangkat oleh lori yang melalui kawasan perumahan.
“Punca pemandu lori tersebut melalui taman ini kerana jaraknya ke jalan besar lebih dekat berbanding jalan yang disediakan kepada laluan lori.
“Masalahnya, habuk daripada laluan lori itu menyebabkan kesihatan penduduk di sini terancam terutama kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: