LINDSAY Lohan sekali lagi menimbulkan masalah apabila didakwa tidak berdisiplin semasa menjalani penggambaran untuk siri popular, Glee baru-baru ini.
Pelakon Mean Girls itu juga dikatakan tidak profesional ketika berada di set penggambaran dan membuatkan semua krew produksi berang dengan sikapnya.
"Lindsay datang lambat ke lokasi selain pulang sebelum semua adegan melibatkan dirinya selesai dan dia benar-benar telah menimbulkan kemarahan semua kru.
"Malah dia juga gagal menghafal skrip yang diberikan selain kelihatan tidak berminat untuk menyertai siri itu," ujarnya sumber tersebut kepada E! News.
Dalam pada itu, ada pihak mendakwa kejadian itu berlaku berpunca daripada sikap pelakon itu yang gemar berparti sehingga awal pagi sehingga menyebabkan dia menimbulkan masalah.
Bagaimanapun jurucakap kepada pelakon itu menafikan laporan tersebut dan memberitahu Lindsay berada dalam keadaan baik dan mematuhi jadual yang diberikan oleh pihak produksi kepadanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: