Saturday, April 28, 2012

Swift Attitude penuh karekter


VARIAN tiga pintu ini diperkenalkan buat pertama kalinya oleh pihak Suzuki.


BERIKUTAN kejayaan model Swift, Suzuki telah melancarkan edisi khas jentera kompak tersebut yang diberi nama Swift Attitude.

Hanya 500 unit dihasilkan (warna putih sahaja). Swift Attitude ditawarkan dalam varian lima dan tiga pintu buat pertama kalinya.

Disasarkan untuk golongan muda, ia dibangun berdasarkan model SZ3 yang menggunakan enjin bersesaran 1.2 liter, tetapi dengan gayaan lebih sporty dan agresif.

Enjin Dual DVVT yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 94PS itu merupakan enjin paling berkuasa dalam kelasnya. Biarpun begitu, ia cuma mengeluarkan emisi 116g/km.

Swift Attitude dilengkapi tujuh beg udara, ESP, sambungan USB sebagai ciri standard. Spesifikasinya ditingkatkan lagi melalui pemasangan lampu kabus, bumbung dengan kesan gentian karbon, spoiler belakang, rim 16 inci dan lencana 'Attitude'.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: