Sunday, April 29, 2012

Barisan Artis Nasional Promosi Pelancongan Perak

Barisan Artis Nasional akan menyokong industri pelancongan Perak.

PETALING JAYA: Pertubuhan Barisan Artis Nasional (BAN) yang ditubuhkan pada 20 April lalu akan menyokong bagi melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan masyarakat yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri Perak.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada mStar Online, kerajaan negeri itu menerusi Tourism Perak percaya bahawa golongan artis adalah salah satu komponen penting di dalam usaha mempromosi pelancongan Perak ke serata negara.

"Menerusi pelantikan Datuk AC Mizal sebagai Duta Pelancongan Perak, satu kesatuan perlu diwujudkan bagi menghimpunkan golongan artis untuk tujuan yang sama.

"Penglibatan artis dan selebriti dijangka mampu memberi impak besar terhadap masyarakat.

AC Mizal (dua dari kanan) bersama rakan-rakan artis.

"Dan BAN memberikan ruang dan peluang pekerjaan kepada ahli-ahli dalam siri aktiviti yang sudah dirancang dalam kalendar Tahun Melawat Perak 2012 bagi menambah pendapatan ahli-ahli," kata kenyataan itu.

Pertubuhan ini diasaskan penubuhannya oleh AC Mizal sebagai Presiden di samping isterinya, Datin Emylia Rosnaida, Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila dan beberapa nama lain sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) penaja yang awal sebelum pemilihan jawatankuasa rasmi dibuat kelak.

Ia kini sedang giat menyenaraikan dan mengundang golongan artis yang ingin bekerjasama untuk mendaftar sebagai ahli pertubuhan sekali gus dapat menyemarakkan agenda pelancongan Perak mencipta pelbagai manfaat yang menguntungkan persatuan dan kesemua ahli-ahlinya.

Bagi yang ingin menyertai BAN, syarat-syarat untuk menjadi ahli ialah mereka adalah penggiat seni profesional.

Selain itu, ahli mestilah berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: