Saturday, April 28, 2012

Penampilan maskulin Citroën Numéro 9


CITROEN dijangka memasarkan rangkaian model DS ke pasaran China pada tahun ini.


HANYA selepas dua tahun pelancaran rangkaian DS, jentera berprestasi keluaran Citroën itu mendapat sambutan hangat dengan jumlah jualan lebih 200,000 unit di seluruh dunia.

Meliputi model seperti DS3, DS4 dan DS5, Citroën kini sekali lagi mengujakan peminatnya menerusi model konsep Numéro 9. Dilancarkan pada Beijing Motor Show 2012, Numéro 9 dilihat sebagai isyarat gaya rekaan untuk tiga model rangkaian DS akan datang yang merangkumi model sedan premium segmen C, SUV dan saloon eksekutif.

Direka bentuk di Paris, Perancis, Numéro 9 memiliki penampilan sebuah coupé, bonet yang panjang, titik graviti rendah dan mengaplikasikan rim aloi bersaiz 21 inci.

Numéro 9 menggabungkan gaya rekaan eksekutif radikal, selain menitikberatkan aspek keselesaan dan kemewahan. Ia direka bersama teknologi plug-in hibrid sepenuhnya.

Sistem itu didakwa sebagai ultra cekap dengan kuasa mencecah 295hp, penjimatan petrol mengagumkan dan boleh bergerak sejauh 50 kilometer dengan hanya menggunakan kuasa elektrik.

Teknologi hibrid itu dipadankan bersama enjin petrol atau diesel konvensional (bergantung kepada pasaran). Motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang mampu menjana kuasa sehingga 70hp dan tork 200Nm.

Dikuasakan oleh bateri lithium-ion, motor elektrik tersebut boleh dicas semula dalam tempoh cuma tiga jam setengah daripada soket biasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: