ALTERNATIF untuk tampak jelita tidak semestinya menerusi pembedahan mahupun suntikan. Cara mudah yang boleh dilakukan wanita seperti bersolek, bersenam dan menjaga pemakanan," ujar bekas pemilik mahkota Ratu Cantik Malaysia Dunia 2007, Deborah Priya Henry.
Tambah Deborah, bentuk tubuh badan seseorang wanita bukan ukuran kecantikan kerana bagi dirinya, wanita yang cantik mesti memiliki tubuh badan yang sihat, cergas dan tahan lasak.
Dia percaya kebersihan diri juga membuatkan tubuh badan menjadi lebih menarik dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan dalam diri seorang wanita.
"Saya akan berkunjung ke Strip setiap bulan bagi menjalani rawatan kecantikan kuku.
"Bagi sesi waxing, saya akan melakukannya dalam tempoh dua bulan sekali," katanya.
Jelas Deborah, dengan membuang bulu badan, penampilan lebih selesa.
"Membuang bulu yang tidak diperlukan di tubuh bukan hanya soal stailo atau trend, sebaliknya ia adalah keperluan bagi sesetengah golongan.
"Dari aspek kebersihan juga, bulu dan helaian rambut di tubuh perlu sentiasa bersih dan dirapikan untuk mengelak rasa kurang selesa orang yang berdampingan dengan kita," kata Deborah yang dilantik sebagai jurucakap Strip pada tahun lalu.
PermintaanIdea pembukaan Strip lahir daripada pemerhatiannya di Barat yang mempunyai banyak pusat atau kedai kecantikan yang menekankan isu penjagaan dan pembersihan bulu badan secara sihat. Di Asia, walaupun terdapat permintaan, tidak ramai pakar kecantikan yang menyediakan servis ini.
Daripada penelitian pasaran dan bantuan pakar penggilap lilin yang bertauliah, akhirnya Strip lahir pada 1995 di Singapura. Hari ini, Strip telah melampaui sempadan beberapa negara Asia. Ia akan membuat kemunculan di Dubai, London dan New York tidak lama lagi.
Menyentuh soal perasa penggilap lilin, Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Strip, Janet Lim memberitahu, Strip telah melancarkan krim bagi merawat masalah pertumbuhan rambut dalam kulit.
Krim tersebut merupakan penjagaan selepas rawatan pembuangan bulu. Ia hasil kerjasama eksklusif antara Strip dan Malin+Goetz di New York.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: