KASIH ibu membawa ke syurga'. Segala pengorbanannya tidak cukup dibalas pada Hari Ibu sahaja tetapi perlu diingati sepanjang hayat kita. Mencari hadiah istimewa untuk ibu pula bukanlah mudah. Ini kerana hadiah yang diberikan itu mewakili rasa kasih, sayang, hormat juga tanda terima kasih si anak kepada insan yang telah membawa mereka ke dunia ini.
Mencari hadiah terbaik mungkin antara dilema yang dihadapi oleh anak-anak dengan harapan si ibu akan berbesar hati menerimanya dan sekali gus memberi satu perasaan puas dan bangga kepada si anak.
Percayalah walau apa jua hadiah yang anda berikan kepada ibu sempena hari istimewa itu akan membuatkan dia seronok, tetapi jika anda memilih koleksi berlian pasti membuatkan ibu anda terharu.
BerlianBerlian adalah batu kelahiran untuk April. Jadi tiada saat yang sesuai untuk meraikan keindahan batu pertama tersebut melainkan bulan ini.
Barangkali ini juga masanya untuk mengintai batu permata kegemaran ramai ini apatah lagi dengan sambutan Hari Ibu bulan depan.
Kenapa tidak? Pesta Berlian kembali bukan saja dengan pelbagai koleksi terbaru yang menawan tetapi juga tawaran harga dan pembelian yang menarik.
Habib Jewels menjanjikan bulan berlian ini sebagai satu bulan yang menarik dan orang ramai pasti teruja dengan tawaran yang bakal diberikan serta koleksinya sendiri yang tampil menawan.
"Kecantikannya akan senantiasa kekal dan terus menjadi pujaan peminat yang melangkaui jangkaan usia serta jantina. Bukan sesuatu yang menghairankan jika berlian menjadi tarikan di seluruh dunia sejak berabad-abad lamanya,'' jelas Pengurus Perhubungan Awam Habib Jewel Yasheedah Yashalya.
Dengan tema 'hayati kegemilangan abadi', ia menerangkan keupayaan batu berharga ini untuk menyerlahkan kecantikan dalaman seorang wanita. Apa lagi, ayuh ke jualan Pesta Berlian sebelum ia berakhir 1 Mei ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: