Tuesday, April 3, 2012

Justin Bieber Ganti Ashton Kutcher Dalam 'Punk'd'

Justin Bieber.

PENYANYI comel, Justin Bieber telah mengorak langkah dalam karier seninya apabila diberi kepercayaan menerajui program popular di saluran MTV iaitu Punk'd.

Justin yang sebelum pernah muncul dalam program berkenaan sebagai pengacara jemputan menggantikan tempat AShton Kutcher yang kini bertindak sebagai penerbit eksekutif rancangan itu.

Menurut laporan daripada Aceshowbiz, pemilihan Justin selepas melihat kebolehannya sebagai pengacara dan kejayaan penyanyi itu mengenakan selebriti lain seperti Taylor Swift, Sean Kingston dan Miley Cyrus.

Punk'd telah ditayangkan sejak lima tahun lalu dan musim kesembilan rancangan itu adalah kali pertama buat Justin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: