PELAKON Maggie Gyllenhall akhirnya mengakui sedang mengandung anak perempuan kedua hasil perkongsian hidupnya dengan Peter Sarsgaard.
Maggie memberitahu dia sebenarnya cuba menyorokkan kandungan itu tetapi kehidupan sebagai selebriti langsung tidak membenarkan dia memiliki privasi.
"Ya saya sedang hamil dan status sebagai selebriti adalah sukar untuk berpura-pura untuk mengatakan saya tidak mengandung," ujarnya.
Maggie dan Peter berkahwin pada tahun 2009 dan pasangan itu telah pun dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ramona yang kini berusia lima tahun.
Walaupun sedang hamil tiga bulan, aktiviti lakonannya aktres berusia 34 tahun ini tidak pernah dilupakan dan Maggie memberitahu dia sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya berjudul Hysteria yang telah pun ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: