Tuesday, April 3, 2012

Bidik laser

TUMPUAN REMAJA...Galactic Laser yang terletak di Mid Valley Megamall di ibu kota.
TUMPUAN REMAJA...Galactic Laser yang terletak di Mid Valley Megamall di ibu kota.

SHAH ALAM: Mereka yang ingin merasai adegan ‘tembak-menembak’ dalam permainan ‘polis sentri’ boleh mencuba permainan terbaru yang dikenali sebagai laser tag yang kini menjadi kegilaan remaja kota yang mahu merasa keseronokan ‘menembak’ menggunakan pistol laser membidik pada sasaran.

Di Malaysia ia mula dikenali sejak November 2010 dengan pembukaan gelanggang laser tag pertama di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.


Laser tag adalah aktiviti riadah yang mendapat tempat sejak 1980-an di Amerika Syarikat dan Australia.

  • Foto

    ALAT BIDIK...Pengarah Operasi Galactic Laser, Filus Othman menunjukkan kelengkapan untuk bermain laser tag.

  • Foto

    CARI SASARAN...seorang remaja bermain laser tag di Galactic Laser.

  • Foto

    SELESA...bilik istirahat untuk pelanggan Galactic Laser.

  • Foto

    BIDIK...Filus (kiri) menunjukkan cara bermain laser tag.

  • Foto

    CABARAN...kawasan permainan bermain laser tag di Galactic Laser.

Dengan harga serendah RM18, setiap peserta memakai sut tempur iaitu pakaian yang perlu dipakai ketika permainan dan ‘phaser’ iaitu alat yang digunakan untuk menembak yang mengeluarkan laser. Pengarah Operasi Galactic Laser, Filus Othman berkata, apabila seseorang peserta ditembak pihak lawan, sut tempur dan phaser peserta itu terpadam selama beberapa saat sebelum lampunya kembali menyala untuk meneruskan permainan.


“Setiap peserta mendapat nama masing-masing yang timbul di phaser mereka bagi membolehkan mereka melihat markah selepas tamat permainan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


Menurut Filus, orang ramai yang menjadi ahli Galactic Laser perlu membayar RM18 seorang pada hari biasa dan RM23 seorang pada hari minggu dan cuti umum.

“Bagi yang bukan ahli Galactic Laser, harga satu permainan pada hari bekerja ialah RM20 seorang manakala pada hari minggu dan cuti umum, harga satu permainan ialah RM25.


“Terdapat enam peringkat permainan di dalam Laser Tag yang mewakili tahap kesukaran permainan iaitu Recruit, Gunner, Trooper, Captain, Starlord dan Lasermaster dan jangka masa setiap peringkat adalah 10 minit,” katanya.

Katanya, arena permainan laser tag dipenuhi remaja dan kanak-kanak terutama pada hujung minggu dan cuti sekolah. Sementara itu, seorang pemain laser tag yang hanya mahu dikenali sebagai Ming, 26, berkata dia berminat bermain laser tag sejak mencubanya untuk kali pertama di Filipina.


“Saya pernah bermain laser tag di Filipina ketika saya masih kecil, tetapi kini saya boleh bermain laser tag kerana Malaysia juga memiliki permainan sama, malah lebih besar.


“Saya rasa seperti menjadi kanak-kanak dan saya akan kembali ke Galactic Laser ini untuk bermain lagi pada masa akan datang,” katanya.


Ming berkata, laser tag adalah aktiviti riadah yang berfaedah untuk remaja yang dahagakan cabaran dan aktiviti lasak yang tidak berisiko.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: