Thursday, February 2, 2012

Peserta realiti jadi anggota sorak


BRITTANY KERR membuat persembahan sorak di Arena Time Warner Cable di Charlotte, Carolina Utara pada Sabtu lalu.


CHARLOTTE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang peserta siri realiti televisyen American Idol, Brittany Kerr membuat persembahan sorak dalam satu perlawanan bola keranjang di sini Sabtu lalu.

Kerr, 24, adalah peserta musim ke-11 program itu yang diadakan pada tahun ini.

Dia membuat persembahan sorak bersama anggota-anggota sorak untuk pasukan Charlotte Bobcats.

Pertandingan antara pasukan Washington Wizards melawan Charlotte Bobcats diadakan di Arena Time Warner Cable, di sini.

Sebelum dipilih menyertai American Idol, dia merupakan penari kumpulan sorak untuk pasukan Charlotte Bobcats.

Baru-baru ini, laman web penyanyi itu sesak hanya kerana para peminatnya mahu melihat gambar dia memakai bikini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: