GEORGETOWN - Guru Takmir di Masjid Negeri dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di Dewan Seri Pinang, hari ini.
Abdul Wahab Awang, 63, berkelulusan Universiti Islam Madinah dan Universiti Sains Malaysia (USM) pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Hal Ehwal Agama di USM dari 1982 hingga 1988 dan kemudian Pegawai Hal Ehwal Agama Kanan pada 1988 hingga 1996.
Beliau kemudian menjadi pensyarah pengajian jarak jauh USM sebelum berpindah ke Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (Kitab) pada 2006.
Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik USM, Profesor Madya Abdul Halim Abdul Aziz, 54, menerima Anugerah Khas Inovasi manakala bekas Adun Penanti, Datuk Abdul Rahman Abdul Kadir, 70, bagi Anugerah Khas Kemasyarakatan.
Penerima Anugerah Khas Keagamaan ialah Yang Dipertua Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang, Abdul Mutalib Maarof, 38, yang sebelum ini menyumbang bakti sebagai Ahli Majlis Syura negeri.
Kesemua penerima anugerah menerima wang tunai RM3,000, sijil penghargaan dan plak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: