MANJA, tawa dan auranya tidak punah diheret usia. Ratu Rock, Ella masih dalam cara tersendiri. Sejak mula muncul dengan sebuah band yang dikenali sebagai Moonracker pada tahun 1983 dan Ella & The Boys sekitar tahun 1985, Ella sehingga kini sudah hampir tiga dekad menjadi 'bunga' yang menyemarakkan melodi dan alunan muzik rock tanah air.
Biarpun meninggalkan kumpulan The Boys dan bergerak solo pada 1988, impak yang dicipta Ella & The Boys masih diingati sehingga kini. Bahkan, Ella & The Boys sentiasa menjadi rujukan jika ada band-band baru yang menyandarkan satu-satunya bunga sebagai vokalis mereka. Ella menzahirkan gerakan penyanyi wanita rock yang didominasi platun lelaki.
Melodi-melodi indah dan berhantu seperti Pengemis Cinta, Permata Biru, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Gemilang, Layar Impian, Baldu Biru, Nuri, Retak, Kesal, Tinggal Tanda Tanya, Ilham Bicara serta Rama-Rama, sekadar beberapa single popular bagaimanapun lagu 'rasmi' Ella itu sudah melekat di bibir para pengikutnya.
|
|
Lagu Standing In The Eyes Of The World yang menjadi lagu tema Sukan Komanwel 1998 merupakan pencapaian Ella yang tidak pernah diraih mana-mana penyanyi. Seperti Ramli Sarip yang digelar 'Papa Rock' dan Sheila Majid 'Ratu Jazz', Ella berada di takhta tersendiri sebagai Ratu Rock di hati peminatnya, sehingga kini.
Dari sisi peribadi, sampai detik ini, hidup sang ratu itu masih belum disunting mana-mana 'raja'.
Barangkali Ella sendiri sudah membiarkan keputusan yang satu itu ditentukan oleh Yang Maha Esa. Perjuangan yang mahu disebarkan untuk pendengaran dan pengetahuan khalayak hanyalah muzik dan karyanya. Itu getaran yang menggerakkan denyut nadinya. Pertengahan tahun 2010 merupakan musim padat dalam jadual kariernya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: