TEMERLOH: Tiga penyamun warga Indonesia dikenali sebagai Geng Parang yang menjadi buruan selama empat bulan akhirnya tumpas selepas mati ditembak polis kurang sejam selepas merompak sebuah rumah di Bukit Keramat, Mentakab, dekat sini, awal pagi semalam.
RAMPAS...Narenasegaran (tengah) melihat peralatan yang digunakan penjenayah untuk melakukan samun.
Difahamkan, selepas merompak rumah mangsa, ketiga-tiga suspek yang melarikan diri menggunakan sebuah Proton Wira kelabu terserempak dengan sepasukan polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
Anggota polis yang curiga melihat kenderaan berkenaan dipandu laju terus mengejar hingga ke Jalan Taman Jelutung menghala Taman Rimba, dekat sini, dan bertindak mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan, namun tidak dipedulikan suspek.
Bagaimanapun, drama itu akhirnya menemui penamat apabila kereta dinaiki suspek terbabas di tebing bukit taman perumahan berkenaan.
Ketiga-tiga lelaki terbabit yang keluar dari kenderaan mulanya mahu menyerang anggota polis menggunakan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran, tetapi tidak diendah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasegaran, berkata hasil pemeriksaan dalam kereta, polis menemui empat parang panjang, satu alat pemotong besi serta kuku kambing.
“Polis juga menemui seutas rantai, empat cincin, sebuah telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM374 serta wang Rupiah berjumlah 130,000,” katanya pada sidang media di IPD Temerloh, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: