LONDON - Seorang pekerja yang berasal dari Plymouth, Tessa Phillips, 55, yang mencuri buku cek bernilai £500,000 (RM2.1 juta) daripada majikannya diarahkan oleh sebuah mahkamah untuk membayar ganti rugi hanya £1 (RM4.20), lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita tersebut menggunakan 170 cek syarikat dan memalsukan tandatangan majikannya untuk membeli dua buah rumah dan bercuti di Barbados, Dubai serta Mauritius selain membeli barang kemas yang mahal.
Phillips menunaikan cek tersebut semasa dia bekerja sebagai Pengurus Pejabat di Advanced Hearing Systems Ltd. yang dimiliki oleh Gary Parker, 51.
Mahkamah membuat keputusan bayaran ganti rugi itu kerana wanita tersebut telah menghabiskan semua wang yang dicurinya manakala dua rumah yang dibelinya itu telah dipindah milik kerana dia tidak mampu membuat bayaran ansuran.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: