LONDON - Parti Buruh semalam memecat seorang calon untuk pilihan raya umum pada 6 Mei depan, Stuart MacLennan selepas beliau menyiarkan komen-komen tidak senonoh terhadap parti lawan serta golongan tua di laman sosial, Twitter.
MacLennan akan bertanding di utara Scotland dan dia merupakan individu pertama yang dipecat daripada bertanding dalam pilihan raya berkenaan. Perdana Menteri Britain, Gordon Brown menyatakan komen-komen MacLennan di laman Twitter sebagai satu amalan yang tidak boleh dilakukan.
Parti Buruh menggunakan Twitter dan beberapa laman sosial yang lain pada kempen pilihan raya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: