Saturday, April 10, 2010

Ibu 'buang' anak angkat




MOSCOW - Seorang kanak-kanak lelaki, Artem Saveliev (gambar)yang berumur tujuh tahun terpaksa menaiki satu penerbangan selama 10 jam tanpa ditemani sesiapa dari Amerika Syarikat (AS) ke Moscow kelmarin kerana ibu angkatnya tidak mahu menjaganya lagi, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu angkatnya, Torry-Ann Hansen, 26, yang merupakan seorang jururawat membekalkan Saveliev dengan gula-gula, biskut dan pensil berwarna di dalam beg galas berserta satu nota yang menyatakan dia tidak mahu menjaga kanak-kanak itu lagi.

Di dalam nota yang dipegang Saveliev ketika polis mengambilnya di sebuah lapangan terbang di sini, Hansen mendakwa dia telah ditipu oleh pihak pengurusan sebuah rumah anak-anak yatim di Rusia semasa mengambil Saveliev pada tahun 2009 untuk dijadikan anak angkat.

Menurut nota itu, rumah pengurusan itu menyembunyikan masalah tingkah laku Saveliev yang degil, ganas dan mentalnya yang tidak stabil.

Menurut agensi berita The Associated Press, Duta AS ke Rusia, John Beyrle berasa amat berang selepas mendengar berita itu kerana keluarga angkat tersebut bertindak terlalu mengikut perasaan.

Jurucakap Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Kanak-Kanak Kremlin, Anna Orlova berkata, kanak-kanak itu kini dirawat di sebuah hospital di utara Moscow.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: