LONDON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dan para pegawai kanannya semalam didakwa menyembunyikan hakikat bahawa ramai tahanan penjara di Teluk Guantanamo, Cuba sebenarnya tidak bersalah.
Dakwaan itu dikemukakan oleh Kolonel Lawrence Wilkerson yang merupakan bekas ketua staf yang pernah berkhidmat pada zaman Colin Powell memegang jawatan Setiausaha Negara AS.
Menurut Wilkerson, Bush tahu kebanyakan tahanan itu tidak bersalah tetapi enggan membebaskan mereka kerana ia boleh memberi kesan terhadap kempen memerangi keganasan.
Dia turut mendakwa bekas Naib Presiden AS, Dick Cheney dan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld mengetahui bahawa kebanyakan tahanan di kem berkenaan pada tahun 2002 sebenarnya tidak bersalah.
Kenyataan Wilkerson itu difailkan di sebuah mahkamah bagi membantu seorang warga Sudan, Adel Hassan Hamad yang ditahan di penjara Teluk Guantanamo dari Mac 2003 hingga Disember 2007.
Adel mendakwa dia diseksa oleh ejen-ejen AS dan memfailkan satu tuntutan undang-undang untuk mendapatkan ganti rugi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: