PATTAYA - Seorang warga China, Shen Wen Liang ditangkap kelmarin selepas dia cuba membakar bangunan Hotel Golden Beach di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia ditangkap oleh anggota-anggota keselamatan selepas cuba membakar bilik penginapannya kerana marah dengan pihak pengurusan hotel.
Kejadian itu berlaku lima minit setelah dia marah kerana seorang kakitangan hotel tidak membenarkannya membawa masuk tiga gadis bar ke dalam biliknya.
Kakitangan itu enggan membenarkan tiga gadis itu dibawa masuk ke dalam bilik hotel kerana ia merupakan peraturan pihak hotel.
Lelaki itu yang berang kemudiannya mengancam akan membakar biliknya di tingkap empat.
Anggota-anggota keselamatan kemudiannya mengesan asap dari tingkat empat yang menempatkan bilik warga China itu dan bertindak menangkapnya sebelum api dipadam.
Polis yang menyoal siasatnya mendapati Liang merupakan pemandu pelancong haram untuk satu kumpulan dari China di Pattaya.
Tiga gadis bar yang mahu dibawa masuk ke dalam hotel tersebut ialah untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: