NEW YORK - Taikun minyak Rusia, Shalva Chigirinsky menyaman Hotel Mark di sini bagi membatalkan kontrak pembelian apartmen berharga AS$15.7 juta (RM50.1 juta) selain mendapatkan balik wang depositnya sebanyak AS$4 juta (RM12.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Chigirinsky yang memiliki syarikat minyak Moscow Oil Co. bersama pemerintah Rusia pernah disenaraikan memiliki kekayaan AS$2.3 bilion (RM7.3 bilion) pada 2008 dalam majalah Forbes.
Dia menandatangani kontrak pembelian apartmen dengan Hotel Mark pada April 2008 dan bersetuju membayar AS$5,000 (RM15,962) setiap kaki persegi untuk membeli sebuah apartmen penthouse tiga bilik tidur di tingkat 15 hotel tersebut.
Chigirinsky mendakwa apartmen itu yang kini sudah boleh diduduki mengalami banyak kerosakan selain tiada khidmat layanan tetamu atau kemudahan asas seperti restoran.
Pada tahun lalu, Chigirinsky, 60, dilapor meninggalkan Rusia setelah semua asetnya dirampas oleh syarikat pemberi pinjaman, Sibir Energy.
Dia juga terpaksa menjual rumah mewahnya di Perancis dan London bagi membayar hutangnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: