BANGKOK: Kumpulan Baju Merah yang kini bersiap sedia mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran esok menuduh Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva sengaja menggalakkan tunjuk perasaan oleh kumpulan prokerajaan untuk mencetuskan keganasan.
PENUNJUK perasaan prokerajaan mencurahkan air ke atas seorang penunjuk perasaan antikerajaan di luar sebuah taman di Bangkok, semalam.
Pemimpin Baju Merah yang menyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, Jatuporn Prompan menuduh kerajaan sengaja mengadakan demonstrasi menentang kumpulan mereka.
“Saya tanya kepada Perdana Menteri: Adakah anda sanggup rakyat bersengketa untuk kekalkan jawatan anda?” tanyanya. Seorang profesor dari Universiti Chulalongkorn bertemu Abhisit di Rumah Kerajaan dan menyuarakan bantahan terhadap usul supaya kerajaan dibubar.
Beliau turut mendakwa mewakili ribuan suara dalam rangkaian kumpulannya.
“Tunjuk perasaan Baju Merah merosakkan imej Thailand dan tuntutan supaya kerajaan dibubar tidak wajar sama sekali,” kata Tul Smithisomwong yang menafikan kumpulannya ditaja kerajaan.
Semalam, lebih 1,000 ahli Baju Merah berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Bangkok bagi menyerahkan surat kepada Setiausaha Negara, Hillary Clinton dengan janji demonstrasi mereka tidak akan berubah menjadi ganas. Surat itu diserahkan selepas Jabatan Negara AS mendesak supaya resolusi aman diperoleh antara kedua-dua kumpulan bersengketa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: