
![]() |
| SUBARMA MOHTARUDDIN |
PAKEJ muzik dan penyampai radio sahaja sebenarnya tidak mencukupi untuk menarik minat pendengar untuk kekal setia. Bagi mengumpul peminat yang kekal menyokong, sesebuah stesen itu perlu memikirkan cara untuk mendekati hati pendengar.
Maka, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan stesen radio, peraduan yang melibatkan panggilan telefon pendengar secara langsung kepada stesen radio mampu mengikat hubungan rapat dengan pendengarnya.
Ditambah dengan tawaran hadiah yang menarik, peraduan juga dilihat mampu menambahkan jumlah pendengar stesen radio tersebut. Suria FM yang merupakan 'pendatang' baru dalam industri radio juga menggunakan istilah sama bagi mempromosikan stesen mereka yang baru berusia dua tahun.
Baru menukar tagline baru, Muzik Terbaik Tanpa Henti, Suria FM bakal menawarkan wang tunai sebanyak RM50,000 khas kepada pendengar dalam peraduan meneka suara personaliti bermula 16 Februari ini sehingga 14 Mac.
"Caranya amat mudah. Pendengar hanya perlu meneka suara siapa yang menyebut keempat-empat perkataan tagline baru Suria FM. Kami mahu mempromosikan tagline baru dan kami juga telah membuat penyelidikan bahawa pendengar menyukai peraduan yang menawarkan wang ringgit," kata Pengarah Rancangan Suria FM, Subarma Mohtaruddin (Suby) ketika ditemui di pejabat Suria FM.
Menariknya setiap perkataan yang disebut dirakamkan oleh personaliti berlainan seperti pelakon, pengarah, ahli sukan atau tokoh terkenal. Bagi setiap jawapan yang betul, pemenang akan membawa pulang RM 1,000.
"Kami tidak kisah dengan susunan nama yang betul supaya pendengar lain tidak tahu jawapan mana yang betul. Jika pendengar dapat menjawab keempat-empat nama dengan betul, maka dia akan membawa pulang wang sebanyak RM 3,000 dan juga wang terkumpul.
"Pada setiap jam, kami akan menambah RM100 jika jawapan yang diteka adalah salah. Namun, jumlah terkumpul ini akan bertambah kepada RM150 setiap jam pada 1 hingga 7 Mac.
"Manakala pada 8 hingga 14 Mac, jumlah terkumpul akan meningkat kepada RM200 setiap jam. Maka, jumlahnya boleh mencecah RM50,000," tambah Suby mengenai stesen radio yang memiliki lebih 560,000 pendengar mingguan.
Berlangsung setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 8 pagi hingga 8 malam, peraduan ini merupakan tawaran paling lumayan setakat ini bagi Suria FM. Maka, jika tiada orang yang dapat meneka semua jawapan dalam tempoh sebulan, peraduan ini akan dilanjutkan.
Bagi mereka yang ingin menyertai peraduan ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Pihak Suria FM akan menelefon anda untuk meneka jawapan. Memandangkan peraduan ini akan berlangsung setiap satu jam, pendengar perlu mendaftar setiap jam jika inginkan peluang untuk menyertainya.
"Jika kami hanya membuka talian untuk panggilan, ia lebih terhad kerana bukan semua orang akan berpeluang untuk menghubungi kami. Jika mereka mendaftar, kami akan memilih mereka dan akan menelefon dalam masa sejam. Jika tidak, maksudnya mereka tidak terpilih," jelas Suby lagi.
Kepada pendengar yang ingin mendaftar, anda perlu menaip SURIA

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: