Wednesday, February 18, 2009

Suami Kacak Penyanyi Main Kayu Tiga?

image KL, 5 FEB 2009:  Kesian pula Murai Batu dengar cerita tentang seorang penyanyi wanita yang berasal dari Felda ini. Khabarnya suami penyanyi yang kacak itu dikatakan suka bermain kayu tiga di luar rumah dan pandai berlakon di depan isterinya yang selama ini sangat setia dengannya.

Murai Batu dengar-dengar, di belakang isterinya yang baik budi itu, orang luar dah banyak kali terserempak suaminya  itu keluar dengan perempuan lain yang kebanyakannya seksi bukan main.

Murai Batu bukan sengaja hendak reka cerita tentang perkara ini tapi ia telah menjadi bualan di kalangan orang produksi hiburan juga.

Yelah, nak buat macam mana, dah nasib badan dapat suami yang lawa. Cuma diharapkan penyanyi itu kalau boleh  pantau-pantaulah selalu gerak geri suaminya itu sikit. Takut pula nanti jadi satu lagi kes macam Norman, Abby dan Memey. Kata orang tua-tua kita beringatlah sebelum kena.

Bagi yang mengenali suami penyanyi itu, mereka tahu sejak dulu lagi iaitu ketika masih bujang, dia seorang mata keranjang dalam senyap-senyap. Murai Batu hanya simpati dan tidak mahu tengok penyanyi berkenaan asyik kena auta dengan lagak suaminya itu. Kesianlah juga pada anak awak berdua tu.

MURAIBATU:  Suka dengar lagu Aku Masih Setia nyanyian Dia Fadila. Melodi dan liriknya memang menusuk kalbu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: