Tuesday, February 17, 2009

Soseh Soseh: Abby tolak, Memey terima


PADA fikiran SS, satu senario yang cukup menarik jika Abby Abadi digandingkan dengan Suhaiza Suhaimi atau Memey dalam satu filem. Maklumlah, umum tahu dua wanita ini menjadi tumpuan sejak kes tangkap khalwat Norman Hakim dan Memey.

Sebelum ini, SS dengar mereka berdua bakal dipertemukan dalam satu filem tapi SS tidak tahu perkembangannya setakat ini. Jadi atau tidak. Cuma yang SS tahu, Abby ada hadir sewaktu promosi awal filem itu akhir tahun lalu iaitu sebelum insiden tangkap basah itu.

Baru-baru ini, SS dengar produksi sama berminat mengambil Memey untuk menjayakan filem itu. SS tidak pasti pula apakah memang ada kekosongan untuk watak yang sesuai dengan Memey ataupun produksi itu masukkan nama Memey memandangkan namanya kini tengah hangat diperbualkan.

Malah nama Memey lebih popular selepas ditangkap basah berbanding sebelum ini. Buktinya, Memey melebarkan sayap ke layar perak pula berbanding sebelum ini hanya berlakon di kaca televisyen saja.

Jadi, SS rasa tentulah pelancaran filem ini nanti menjadi tumpuan media untuk melihat pertemuan dua nama ini. SS tidak tahu apakah Abby mahu pun Memey boleh bersikap profesional apabila berjumpa dalam satu majlis.

Tapi cerita terbaru yang SS dengar, Abby tidak jadi berlakon filem itu tapi Memey dikatakan turut berada dalam senarai pelakonnya.

SS tidak pasti pula apakah Abby tarik diri untuk mengelak bertemu Memey ataupun ada sebab lain. Korek punya korek, difahamkan ada permintaan Abby yang tidak dapat dipenuhi produksi itu menyebabkan namanya tidak berada dalam senarai barisan pelakonnya.

Menurut sumber itu, walaupun Abby hadir pada majlis promosi awal filem itu, tidak semestinya turut berlakon tapi mengakui pihaknya ada membuat tawaran pada Abby.

Nampaknya tuah lebih berpihak pada Memey. Buat Abby, mungkin rezekinya dengan produksi lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: