Sunday, February 22, 2009

Roadtour Soyo URTV heboh

Roadtour 2009 Soyo dan URTV yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor pada 21 Februari 2009 lalu meriah dan hangat.

alt

Road tour tersebut dianjurkan oleh Soyo dengan kerjasama majalah hiburan popular, URTV. Mangga Online juga turut menyokong roadtour tersebut. Turut bekerjsama, Plaza Angsana dan Hotel Grand Paragon. Kalau melibatkan majalah hiburan pastilah ada acara hiburan. Artis popular iaitu Dafi, Haiza, Jaafar Onn dan artis dangdut evergreen, Zaleha Hamid menghiburkan pengunjung.

Soyo mengadakan pertandingan Juara Soyo Tarik yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 kepada juaranya. Seorang juara mewakili setiap lokasi road tour dipilih untuk bersaing di peringkat akhir.

Sementara itu Chef Zam pula turut mengadakan demonstrasi masakan berasaskan minuman Soyo. Selain menjadi minuman, air munuman berasas kacang soya itu juga boleh memasak aneka masakan serta mencipta aneka minuman.

alt

Jadi tunggulah pengumuman kami dari semasa ke semasa untuk mengetahui bilakah Soyo dan URTV akan singgah di tempat anda. Selain persembahan hiburan menarik yang dijanjikan, pihak pengeluar Soyo juga mengadakan jualan pada harga istimewa kepada pembeli di setiap lokasi yang disinggah.

Pelbagai hadiah turut disediakan untuk pengunjung yang berani mencuba acara games yang diadakan.

Juara Soyo Tarik sebenarnya ingin mencari seorang pakar membuat Soyo tarik dengan gaya yang tersendiri dan menarik perhatian juri. Jadi anda boleh menyusun rentak pergerakan semasa membuat Soyo tarik.

alt

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: