Sunday, February 22, 2009

Ibu pelakon pinjam duit tapi tak bayar

DIVA antara percaya dengan tidak mendengar cerita seorang ibu pelakon pinjam duit daripada seorang pelakon lelaki baru tetapi selepas itu senyap tanpa khabar berita.

Menurut sumber Diva, pelakon lelaki itu segan nak minta duit berjumlah ribuan ringgit yang dipinjam wanita tersebut kerana bimbang dikatakan berkira. Dia pun malu nak minta-minta dan berfikiran wanita itu tidak lupa janji antara mereka.

Tapi selepas terlajak waktu yang dijanjikan dan wanita itu buat tak tahu, dia mula runsing. Manalah tahu kalau wanita itu mahu 'kapur' duit susah payahnya jadi artis. Melepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: