PORT DICKSON - Hampir 1,000 gelas teh tarik berharga 10 sen terjual dalam tempoh lapan jam bermula jam 4.30 petang di King’s Char Kuey Teow (King’s CKT) Sabtu lalu.
Pengusaha King’s CKT, Aizat Zulhailie Abu Bakar berkata, promosi istimewa itu julung kali dilaksanakan pihaknya dan sambutannya di luar jangkaan.
Menurutnya, promosi itu dijalankan untuk memberi kegembiraan kepada orang ramai terutama pelanggan King’s CKT.
“Ini adalah tanda penghargaan kami kepada pelanggan yang setia serta pelanggan baru yang memilih King’s CKT untuk menjamu selera.
“Usaha ini tidak akan terhenti di sini sahaja, yang mana akan datang kami adakan lagi promosi istimewa seumpama ini. Dalam masa terdekat kami rancang nak beri kopi secara percuma, kami akan umumkan tarikhnya melalui Facebook King’s Char Kuey Teow Port Dickson,” katanya kepada Sinar Harian.
Aizat Zulhailie berkata, promosi istimewa teh tarik 10 sen itu juga sebagai platform pihaknya meraikan pelanggan dan pelancong yang datang ke Port Dickson kerana cuti panjang sempena perayaan Deepavali.
“Kami sengaja memilih teh tarik, sebab minuman ini sangat sinonim dan menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia,” katanya.
Menjalankan perniagaan bersama isterinya, Haizatul Azra Jantan, 28, King’s CKT sebelum ini juga aktif menjalankan pelbagai program amal.
Menurut Aizat Zulhailie, antara yang dilaksanakan adalah Malam Sinar Syria yang mengetengahkan persembahan artis seperti Adam AF, Bunkface dan Altimate.
“Pada Ramadan, kami turut adakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan asnaf di daerah ini dan pada Aidilfitri lalu, kami adakan open house yang menerima kunjungan hampir 2,000 penduduk sekitar daerah ini,” katanya.
King’s CKT beroperasi sejak lima tahun lalu di Batu 4 Port Dickson menawarkan hidangan utama char kuey teow, dibuka setiap hari bermula jam 4.30 petang hingga 2 pagi sementara tutup pada Isnin kecuali cuti umum.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: