Friday, November 18, 2016

Ji Soo Pernah Bercinta Dengan Wanita Lebih Berusia




Ji Soo pernah bercinta dengan wanita lebih berusia sebelum ini.
PELAKON yang terkenal menerusi drama bersiri Scarlet Heart, Ji Soo mendedahkan dia pernah bercinta dengan wanita lebih berusia daripadanya ketika ditemubual dalam sebuah program baru-baru ini.
Ji Soo, 23, berkata, hubungan berkenaan bagaimanapun berkahir dengan perpisahan kerana tiada keserasian disebabkan perbezaan usia mereka.

"Saya pernah mempunyai pengalaman bercinta dengan wanita lebih berusia tetapi hubungan itu lebih sesuai sebagai rakan kerana perbezaan usia membuatkan percintaan kami menjadi hambar dan tiada keserasian," katanya seperti dilaporkan Allkpop.
Ji Soo berkata demikian ketika mengulas pengalamannya berlakon disamping aktres Park Si Yeon yang lebih berusia daripadanya menerusi drama bersiri Fantastic.
Dalam pada itu, Ji Soo berkata, sekiranya dia ingin bercinta selepas ini dia berharap dapat bertemu dengan wanita seusia dengannya.

"Saya rasa jika kami mempunyai usia yang sama ia paling terbaik dan lebih mudah memahami diri masing-masing.

"Bagaimanapun kalau sudah jodoh saya dengan wanita lebih berusia saya tetap akan terima," katanya.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...