Friday, November 18, 2016

Kong Dong Won Luka Di Leher Terkena Serpihan Kaca




Aktor Kong Dong Won mengalami kecederaan dibahagian leher ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya, Master.
AKTOR Kang Dong Won dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian lehernya ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya yang berjudul Master.
Dong Won berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menjayakan salah satu adegan kejar mengejar kereta sebelum terkena serpihan kaca.

"Leher saya luka akibat terkena serpihan kaca ketika melakukan babak kejar mengejar dan ia turut mengenai bahagian muka dan anggota badan lain.

"Pengarah juga panik kerana melihat banyak darah yang keluar," katanya.

Bagaimanapun kata Dong Won dia bersyukur kerana tidak mengalami luka parah kerana kemalangan tersebut.

Filem genre aksi itu dijangka bakal ditayangkan di pawagam pada Disember ini.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...