IPOH - Hasil keprihatinan seorang ahli perniagaan, hampir 250 motosikal dapat mengisi minyak secara percuma di stesen minyak BHP di Tambun, hari ini.
Pengurus stesen minyak berkenaan, Shanice Low berkata, ahli perniagaan di Ipoh yang tidak mahu dikenali itu menyumbang RM1,000 untuk diberikan dalam bentuk petrol percuma kepada penduduk di kawasan itu.
Menurutnya, dengan sumbangan sebanyak itu, sebuah motosikal dihadkan mengisi RM4.
“Bermula jam 8.30 pagi tadi lagi banyak motosikal sudah beratur, satu motor isi RM4 jadi ada 250 motosikal akan dapat nikmati pemberian minyak percuma ini,” katanya.
Seorang pelanggan Rapeah Parmin berkata, dia mengetahui perkara itu apabila dimaklumkan seorang rakan.
Katanya, meskipun tidak banyak, sumbangan minyak percuma ini bukti masih ada pihak prihatin dengan keadaan yang ditanggung rakyat.
“Mungkin di masa akan datang, orang lain pun akan ikut buat perkara yang sama..percayalah ia dapat ringankan beban kami walaupun tak banyak,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: