MELAKA TENGAH - Anak Melayu memperoleh keputusan cemerlang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ying, Semabok apabila mendapat pencapaian 8A.
Lebih membanggakan apabila Amirah Nazihah Azmir Shah, 12, turut mencapai keputusan cemerlang bagi dua subjek pemahaman dan penulisan mata pelajaran Bahasa Mandarin.
Menurut Amirah Nazihah, berkat minat serta banyak bergaul dengan rakan-rakan menggunakan Bahasa Mandarin memastikan dirinya mampu menguasai bahasa tersebut dengan baik.
“Ketika di rumah pun saya bercakap dengan adik beradik yang lain dalam bahasa Mandarin, jadi ia banyak membantu saya untuk lebih fasih dalam bertutur.
“Lagi pun memang saya berazam untuk menjadi seorang peguam dan bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga boleh membantu saya. Untuk tujuan itu saya perlu belajar bersungguh-sungguh tidak mengira masa,” katanya yang turut aktif dalam bidang olahraga dan bola keranjang sepanjang di sekolah rendah.
Sementara itu, ibunya, Noraini Osman, 45, berkata, kejayaan anaknya memperoleh 8A memang tidak disangka kerana sebelum ini dia bimbang anak ketiganya itu akan ketinggalan dalam pelajaran kerana faktor bahasa.
Namun sangkaan ibu kepada lima anak itu jauh tersasar, apabila Amirah Nazihah mampu membuktikan dia pelajar cemerlang berkat usahanya.
Noraini berkata, kerana inginkan anaknya mampu menguasai bahasa ketiga dia mengambil keputusan menghantar Amirah Nazihah ke tadika cina sejak usia lima tahun seperti kedua-dua kakaknya.
Katanya, memandangkan dia dan suami, Azmir Shah Zaito Ahmad, 47 tidak pandai berbahasa Mandarin, jadi anaknya itu berusaha lebih dan menggunakan inisiatifnya tersendiri untuk menguasai bahasa berkenaan dengan baik.
“Pada permulaan dia agak ketinggalan sehinggakan apabila dia di darjah empat dan terpilih untuk berada di kelas hadapan saya berjumpa gurunya untuk memindahkannya ke kelas nombor dua kerana kurang yakin.
“Tetapi sangkaan saya meleset apabila dia menunjukkan kesungguhannya serta mampu bersaing dengan 37 lagi rakan kelasnya dan hari ini dia memperolehi keputusan 8A,” katanya.
Menurutnya, jika anaknya tidak faham subjek bahasa Mandarin dia akan bertanya kepada gurunya di sekolah selain Amirah Nazihah akan menggunakan bahasa ketiganya itu dalam perbualan harian bersama dua kakaknya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: