KETEGASAN Fauziah Ahmad Daud mengajarnya berlakon telah membuahkan hasil buat Fazlina Ahmad Daud apabila diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) ASK 2016.
Menceritakan pengalamannya belajar mengenai selok-belok lakonan, Fazlina mengakui kakaknya seorang yang sangat tegas ketika bekerja dan tidak mahu ada sebarang kesilapan semasa berlakon.
“Tapi, dia (kak Ogy) mengajar secara tough love dalam usaha mengasah bakat saya kerana dia kata, saya berbakat.
“Saya meletakkan dia sebagai mentor dalam industri ini dengan ucapan ribuan terima kasih,” katanya sebak.
Apabila mengambil keputusan untuk serius dalam dunia lakonan, Fazlina perlu meningkatkan kemampuannya, sekurang-kurangnya satu tangga di bawah kakaknya yang sudah popular.
“Memang susah menjadi anak kepada Allahyarham Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah yang sememangnya dikenali. Tetapi, saya tidak mahu mengalah dan sentiasa buat sehabis baik.
“Jadi, kemenangan ini ditujukan untuk legasi Ahmad Daud yang akan terus mewarnai persada lakonan bagi memartabatkan industri,” katanya.
Fazlina menerima anugerah itu selepas lakonan mantapnya menerusi drama Cermin Kasih.
Drama ini benar-benar menguji kemampuannya sebagai pelakon apabila terpaksa menjalani penggambaran di penjara bersama pelakon yang lain.
"Setiap watak yang saya bawa berbeza. Dalam Cermin Kasih, watak sebagai wanita yang garang dalam lembut ini tidak mudah. Kejap saya kena jadi kasar, kejap jadi baik. Ia menuntut kesabaran yang tinggi.
"Terima kasih kepada panel juri yang melihat kesungguhan saya dan juga team produksi drama ini," katanya.
Akhirnya usaha dihargai
Bagi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Namron, kemenangannya itu bukan hanya usahanya sendiri, tetapi gabungan tiga kriteria.
“Pengarah, skrip dan pasukan sangat penting bagi menghasilkan sebuah penceritaan yang unggul.
"Saya bertuah kerana dipilih untuk sama-sama berlakon dalam filem Redha arahan Tunku Mona Riza ini,” katanya.
Pengorbanan Namron untuk memenangi kategori ini sukar kerana perlu menjiwai watak ayah yang tidak dapat menerima hakikat anaknya seorang penghidap autisma.
Selain itu, bekerja di bawah arahan Tunku Mona tidak semudah disangka memandangkan beliau mahu setiap syot yang berkualiti.
“Saya masih ingat, ada satu babak di mana saya perlu berlakon seperti lemas di dalam laut, yang dalamnya lebih kurang 10 meter.
"Untuk syot itu saja, penggambaran dilakukan selama dua hari bagi memastikan ia menjadi dan kena dengan kehendak pengarah.
"Tunku Mona sangat sabar dan sanggup menunggu di tengah laut hanya untuk pastikan semuanya terbaik.
“Apapun, saya bangga kerana Redha akan mewakili Malaysia dalam dua anugerah berprestij, Oscar dan Golden Globe pada tahun hadapan,” katanya.
Sisi komedi Erma Fatima
Diangkat sebagai Pelakon Komedi Terbaik (Drama), Erma Fatima ternyata terkejut kerana pembikinan Mak Cun bukan untuk menang anugerah.
"Sekarang ni, mesti ramai yang terkejut saya ni boleh melawak, bukan serius saja," katanya.
Watak Mak Cun benar-benar menampakkan sisi lain Erma Fatima yang selama ini dianggap sebagai pelakon dan pengarah garang.
Tidak hanya itu, drama Mak Cun juga turut dinobatkan sebagai Drama Komedi Terbaik.
Mak Cun yang akan memasuki musim ketiga itu berjaya mencuri perhatian juri dengan lakonan dan watak yang bersahaja dan kena dengan cara hidup masyarakat desa.
Keputusan ASK2016
Drama Terbaik – Fatin (Balang Rimbun Sdn Bhd)
Pengarah Terbaik (Drama) – Razaisyam Rashid (Fatin)
Pelakon Wanita Terbaik (Drama) – Tiz Zaqyah (Cermin Kasih)
Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) – Beto Kusyairy (Ramadan Berteduh Syawal)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) – Fazlina Ahmad Daud (Cermin Kasih)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) – Jalil Hamid (Calon Syurga)
Pelakon Komedi Terbaik – Erma Fatima (Mak Cun 2)
Penyunting Terbaik Drama – Izhar Masuri (Rekah)
Videografi Terbaik (Drama) – Idham Mad Din (Fatin)
Drama Rantaian Terbaik – Wadi (Luqsar Kreatif Sdn Bhd)
Drama Komedi Terbaik – Mak Cun 2
Drama Rantaian Popular Media Sosial – Kau Aku Kita (JS Pictures Sdn Bhd)
Lakon TV (Skrip) Terbaik – Siti Jasmina Ibrahim (Rekah)
Filem Terbaik – Redha (Current Pictures Sdn Bhd)
Pengarah Terbaik (Filem) – Munafik (Syamsul Yusof)
Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) – Redha (Namron)
Lakon Layar Terbaik – Love Supermoon (Wan Hasliza)
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) – Nota (Maya Karin)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) – Hushairi Bin Husain (Polis Evo)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) – Fauziah Ahmad Daud (Langit Cinta)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Majalah 3 (Wira Beret Semerah Hati)
Rancangan Hiburan Terbaik – Buskestra
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Halaqah 2016 (Terlepasnya Ikatan Dajjal)
Laporan Khas Berita Terbaik – Berita TV9 (Pertemuan Semula Highland Towers)
Rancangan Realiti Terbaik – Let’s Cycle 2'
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 30

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: