Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, berkata, dia perlu menjadi lebih kuat dan sentiasa berfikiran positif untuk menempuhi cabaran mendatang.
"Sejak awal-awal saya ke sana lagi saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, Insya-Allah, apa yang berlaku setakat ini tidak memberi kesan kepada kerjaya saya.
"Saya lalui hari-hari seperti biasa dan kekal positif. Apa yang boleh diharapkan setiap hari ialah esok yang lebih baik serta menjadi seorang yang baik kepada masyarakat di sana," ujarnya.
Yuna menjawab pendapat sekiranya kerjaya nyanyian dia berhadapan masalah selepas pelantikan presiden Amerika Syarikat yang baharu pada 9 November lalu.
Donald Trump yang menggantikan Barack Obama terkenal dengan sikap perkauman, anti Islam dan anti pendatang.
Bagaimanapun, Yuna berkata, dia turut merasai kerisauan yang dihadapi oleh peminat-peminatnya yang kebanyakkan juga daripada golongan minoriti.
"Saya sedar kebanyakkan peminat saya di sana adalah golongan minoriti yang bimbang dengan keadaan semasa. Saya dapat merasai apa yang mereka rasakan.
"Mereka juga seperti saya yang mencari makan di sana. Insya-Allah, kalau kita fokus apa yang kita buat, semuanya berjalan dengan baik," ujarnya.
Mengenai keselamatan, Yuna berkata, di setiap lokasi konsert yang dihadiri mempunyai kawalan yang ketat.
"Keselamatan di sana agak ketat dan ada jarak antara penyanyi dan orang awam, senjata juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam lokasi konsert.
"Di sana tidak seperti di negara kita, mereka ambil berat tentang keselamatan," ujarnya.

Ok la tu, kalau terjejas pon, malaysia masih mengalu-alukan kepulangan yuna
ReplyDelete