SHAH ALAM: Penyanyi Intan Sarafina memberitahu dia tidak pernah putus semangat setiap kali dikritik netizen ketika membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza 3 (GV3).
Intan atau nama sebenarnya Intan Sarafina Ungku Yahya, 35, berkata, tidak semua lagu dinyanyikannya memperlihatkan dia berada dalam keadaan semput namun hanya untuk genre muzik rancak sahaja.
"Soal dikata semput, saya rasa tidak pada kesemua lagu sebaliknya pada lagu-lagu berentak rancak yang memerlukan saya menari di pentas namun untuk lagu berentak balada, saya tiada masalah.
"Untuk berasa putus semangat dengan kritikan netizen itu tidak ada, sebaliknya saya terus mencabar diri memberi persembahan terbaik dari minggu ke minggu sekali gus membuktikan kepada mereka yang saya ada peningkatan mutu vokal,” katanya."Soal dikata semput, saya rasa tidak pada kesemua lagu sebaliknya pada lagu-lagu berentak rancak yang memerlukan saya menari di pentas namun untuk lagu berentak balada, saya tiada masalah.
Intan ditemui selepas selesai konsert Gegar Vaganza 3 (GV3) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, Ahad lalu.
Dalam pada itu, mengulas pandangan yang diberi oleh juri tetap GV3, Datuk Khatijah Ibrahim yang melihat potensi Intan pada lagu-lagu berentak dangdut, Intan mempunyai pandangannya sendiri.
"Semua orang berhak memberi pendapat dan Intan menghormati pandangan yang diberi oleh pihak juri namun Intan lebih tahu di mana tahap dan kemampuan Intan.
"Sebolehnya Intan mahu menjadi seorang penyanyi serba boleh," katanya.
Sementara itu, Intan mengakui adakalanya perasaan gugup turut menjadi faktor dia sukar mengawal pernafasan di pentas persembahan.
Intan antara peserta yang akan mara ke peringkat separuh akhir pada Ahad depan dan akan membawakan lagu Pulangkan naynyian asal Misha Omar duet bersama Ezad Lazim dan Siapa Sangka Siapa Menduga (Liza Hanim).
Enam lagi peserta yang berjaya ke separuh akhir ialah Ameng, Siti Sarah, Azharina, Gmie (Screen), Zarul (Umbrella) dan Nora Ariffin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: