PETALING JAYA: Pelakon Maya karin memberitahu kekurangan watak yang kuat dan dapat meninggalkan kesan kepada penonton menjadi penyebab sudah tiga tahun dia tidak berlakon filem.
Maya atau Maya Karin Roelcke, 37, berkata, pada tahap ini dia mengakui lebih selektif terhadap tawaran diterimanya kerana tidak mahu mengulangi watak yang pernah dibawanya sebelum ini.
"Saya sebenarnya sudah tiga tahun tidak berlakon filem kerana watak yang ditawarkan tidak menepati dengan kehendak saya.
"Tidak banyak sebenarnya watak yang kuat untuk pelakon wanita dan saya selektif dalam memilih tawaran diberikan.
"Bukan apa saya tidak mahu membawa watak yang pernah dibawa sebelum ini sehingga membuatkan penonton bosan dan gagal memberikan impak," katanya.
Maya ditemui pada Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat lalu.

Maya lebih selektif terhadap tawaran diberikan kepadanya.
Pada acara itu, Maya memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Filem) menerusi lakonan cemerlangnya dalam karya arahan Yasu Tanaka iaitu Nota.
Mengulas mengenai kemenangannya di ASK2016, Maya berkata trofi berkenaan mengubat kekalahannya di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang berlangsung baru-baru ini.
Kata Maya, kemenangan itu cukup bermakna kepadanya kerana wataknya sebagai Erin dalam filem itu cukup mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon.
"Nota adalah sebuah karya yang saya sifatkan sebagai cukup halus dan watak sebagai Erin berbeza daripada apa yang pernah saya bawakan sebelum ini.
"Kemenangan ini juga sedikit sebanyak mengubat kegagalan saya di Festival Filem Malaysia sebelum ini," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Maya berkata, dia kini sedang dalam proses mengumpul material untuk album terbaharunya yang dijangka akan berada di pasaran pada tahun hadapan.
Kata Maya, untuk album terbaharu itu nanti bakal memperlihatkan kelainan dari segi muzik yang bakal ditampilkan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: