KOTA BHARU - "Assalamualaikum, apa khabar Kelate loni?”
Itu ungkapan seorang pemuda yang membuat panggilan dari Australia, ke pejabat Sinar Harian susulan pendedahan yang dibuat oleh akhbar mengenai kesengsaraan yang dihadapi oleh warganegara Malaysia yang bekerja sebagai pemetik buah di negara kanggaru itu.
Pemuda dari Kubang Kerian yang hanya mahu dikenali sebagai Amin itu berkata, sudah tiga tahun dia di sana dan bekerja sebagai pemetik buah di sebuah kebun di Victoria.
“Biarlah orang kata apa sekalipun, tetapi ini adalah pilihan saya dan rakan-rakan yang lain, malah jiwa saya sudah melekat dengan negara ini dan jika boleh saya mahu jadi penduduk tetap Australia,” tuturnya.
Pemuda berusia 28 tahun ini mengakui terdapat ramai orang Kelantan kini berkelana di negara itu, sama ada secara sah ataupun sebaliknya.
“Saya tidak nafikan dan mengiya 100 peratus apa yang dilaporkan. Tetapi bagi saya jika kita mahu sesuatu, kita kena bermula dari bawah,” katanya yang mengakui berdepan dengan 1,001 cabaran berada di negara orang.
Menceritakan kisahnya di negara itu, Amin berkata, dia mula menjejaki Australia apabila mengikuti bapa saudaranya pada 2013, yang sudah lima tahun bekerja sebagai pemetik buah.
“Mula-mula saya datang dengan visa pelancong dan ditempatkan di sebuah ladang anggur. Pada peringkat awal, susahnya tuhan saja yang tahu.
“Kadang-kadang kita dijadikan hamba oleh ejen yang juga orang Malaysia sendiri yang mendapat kontrak. Mereka mengerah keringat kita supaya dapat memungut hasil dalam tempoh singkat.
“Tetapi saya sentiasa positif dan lama-kelamaan saya sudah biasa. Tetapi sekarang bila dah lama Alhamdulillah jatuh cinta pula," katanya yang memperoleh gaji sekitar 500 hingga 700 dolar seminggu.
Dia pada masa yang sama turut bercerita bagaimana untuk mendapatkan visa pekerjaan di negara itu, termasuk melalui sindiket ejen yang mengaut untung dengan memanipulasi rakyat Malaysia.
“Kebiasaannya orang datang ke sini bermula dengan visa pelancongan dan dalam tempoh tiga bulan, mereka akan cuba mendapatkan visa pekerjaan. Ada ejen mengenakan bayaran RM3,000 dengan mengumpulkan lapan orang, lepas itu mereka akan ditempatkan di kebun,” katanya yang mengakui, ejen mendapat keuntungan besar dari sindiket tersebut.
Menurutnya, mereka yang menjadi ejen kebiasaannya pernah bekerja di ladang dan tahu selok-belok sistem di negara itu.
Amin yang kini memiliki visa kelas C mengakui ramai rakyat Malaysia yang datang ke negara itu tahu risiko yang bakal mereka hadapi, tetapi masih mahu mencuba nasib.
Katanya, faktor gaji yang agak lumayan selain mahu bertukar suasana menyebabkan mereka tekad mencari pengalaman baharu dalam hidup.
“Visa yang saya dapat ini terhad untuk pekerja di ladang sahaja, tidak boleh di sektor lain. Bagaimanapun jika habis musim buah, kami masih mendapat pekerjaan lain seperti memangkas pokok.
“Malah ada rakan-rakan yang bekerja sebagai penunjuk arah termasuk kepada pelancong Malaysia,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian itu.
Amin mendedahkan, ramai rakyat Malaysia yang mahu pulang, tetapi menunggu tempoh pasport mereka berakhir bagi mengelak mereka dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Australia.
Dengan menggunakan kaedah itu katanya, apabila pasport berakhir, kebiasaannya mereka akan membeli tiket dan menyerah diri kepada pihak berkuasa.
“Kebiasaan pihak berkuasa akan melepaskan mereka yang sudah ada tiket,” katanya yang merancang untuk pulang pada 2018.
Pada masa yang sama, Amin mengakui dia tidak banyak memuat naik status di laman Facebook walaupun berhasrat berkongsi pengalaman.
“Apabila kita memuat naik gambar atau kenyataan, sudah pasti ramai kawan-kawan atau individu yang teruja. Saya tidak mahu ambil risiko untuk bawa mereka masuk, ini soal keselamatan.
“Ada sesetengah yang datang buat hal, akhirnya kita juga turut dipertanggungjawabkan," katanya yang tidak menolak kemungkinan mahu memohon status penduduk tetap bila keperluan syarat mencukupi nanti.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: