MERSING - Mersing adalah sebuah daerah unik yang kaya dengan pelbagai sumber alam semula jadi termasuk laut, sungai dan hutan.
Pegawai Daerah Mersing, Adib Azhari Daud berkata, perancangan bagi sektor pelancongan sudah semestinya tertumpu kepada laut dan darat.
“Konsep yang diperkenalkan dari darat pergi ke laut. Sebelum saya sampai Mersing, orang asyik cakap tentang pulau.
“Saya ada meninjau sekitar Taman Endau Rompin, dari ulu Kuala Jasin sampai Sungai Endau yang makan masa lebih kurang tiga jam menaiki bot. Sepanjang sungai itu saja sudah banyak yang boleh diketengahkan untuk sektor pelancongan.
“Persekitarannya begitu cantik selain ada sekitar lima perkampungan Orang Asli di sana yang berbeza antara satu sama lain,” katanya ketika menjadi panel Forum Johor Berkemajuan dekat sini, semalam.
Menurutnya, ada idea yang sudah dilontarkan untuk membangunkan kawasan sungai seperti yang berlaku di Pulau Langkawi.
“Di Langkawi, kita naik bot pergi ke tempat-tempat seperti kawasan bagi makan ikan, menjamu selera di atas sungai dan sebagainya.
“Di Mersing ni, Sungai Endau sudah boleh dibangunkan untuk pakej tertentu kerana Mersing ni tak kurang hebatnya dari Langkawi,” katanya.
Namun, beliau tidak menafikan ada kawasan sungai dan pantai yang tercemar terutamanya dengan sampah sarap.
“Ulu Sungai Mersing penuh sampah apabila air pasang, memang daif keadaannya.
“Jika perkara ini tak dikawal, ia akan memberi kesan kepada kita dan hidupan lain sudah tentunya akan terjejas. Saya bimbang ini akan merebak sampai ke Air Papan,” katanya yang merancang untuk menjalankan rancangan kawasan khas di sungai bagi memastikan sumber semula jadi itu terkawal.
Ujarnya, tanpa Legoland mahupun pusat tumpuan lain yang popular, Mersing masih boleh maju dengan promosi dan kepelbagaian tarikan kepada orang luar.
Menurutnya, ketika berpeluang menyelam di pulau-pulau sekitar Maldives, beliau menyaksikan sendiri hidupan laut di sana banyak yang sudah rosak.
“Lagi cantik pulau kita. Pulau kita masih tak tercemar dan kita tak mahu hidupan marin kita tercemar. Ini kerisauan utama saya lebih-lebih lagi sekiranya pembangunan itu tidak terkawal.
“Melalui Jeti Mersing sahaja hampir sejuta pelancong memasuki pulau-pulau kita,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: