KEMAMAN - Tidak gemar duduk diam dan rajin membanting tulang membantu suami mencari rezeki menjadi rahsia panjang umur seorang warga emas dari Kampung Mak Chili Paya, di sini, yang kini usianya menjangkau 116 tahun.
Umur melebihi seabad itu menjadikan Nik Abas yang memiliki 10 anak, lebih 40 cucu, 16 cicit dan enam piut sebagai warga emas paling tua di Terengganu.
Nik berkata, sejak muda dia melakukan pelbagai kerja untuk menambah pendapatan keluarganya dan pekerjaan utamanya adalah menjahit tilam kekabu.
“Alhamdulillah, ramai yang suka tilam kekabu tok buat sampai kadang-kadang tak menang tangan tok terima tempahan. Selain tu, tok juga jahit atap nipah, buat keropok serta tanam limau dan sayur.
“Hasil dari semua kerja itu, dapat ringankan beban arwah suami tok yang waktu itu juga buat macam-macam kerja termasuk cari kayu bakau,” katanya yang mesra membahasakan dirinya sebagai tok.
Berkat kerja kuat itu, badannya sentiasa kuat biarpun dari hari ke hari usianya kian meningkat hingga bukan sahaja masih berupaya berpuasa penuh setiap kali Ramadan bahkan mampu berpuasa enam ketika Syawal.
Tidak pernah jamah makanan segera
Katanya, tabiatnya yang tidak suka makan makanan segera dan amalkan sayuran, ulam dan buah-buahan segar menjadikan dia sentiasa bertenaga.
“Satu lagi perkara yang jadi amalan tok adalah mandi waktu Subuh yang boleh buat badan sentiasa segar dan sihat. Solat jangan ditinggal,” katanya.
Sementara itu, anak bongsunya, Baharuddin Awang, 52, berkata, ketika zaman kanak-kanaknya dia sempat membantu ibunya membuat dan menjual keropok.
“Dulu buat keropok guna lesung kayu, isi ikan dan sagu ditumbuk guna lesung kayu. Mak jadi orang pertama di Kemaman yang buat keropok zaman 60-an dulu.
“Anak-anak yang tolong mak tumbuk keropok, mak bagi upah 10 sen bagi setiap lesung. Dulu keropok keping dijual dengan harga 15 sen 100 keping. Kami anak-anak yang jadi tukang kira sambil bantu ringankan kerja mak,” katanya.
Katanya, kegigihan ibunya bekerja itu menjadi rangsangan kepada anak-anak untuk berjaya dalam hidup.
Dicalonkan tokoh warga emas tertua
Menjadi warga emas tertua itu membuatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman meraikan Nik di rumahnya dalam Program Ziarah Kasih Berkat Berjasa Warga Emas Dihargai sempena Hari Warga Emas Daerah Kemaman 2016.
Pegawai JKM Kemaman, Mohd Fadzli Ismail berkata, Nik akan dicalonkan sebagai tokoh warga emas tertua sempena Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Bangi, Selangor yang bertemakan ‘Penentangan Terhadap Diskriminasi Umur’.
“Tujuan kita datang kerana hargai segala jasa yang telah dicurahkannya apatah lagi kita dapat maklumat bahawa beliau adalah warga emas paling tua di Terengganu ketika ini.
“Kedatangan ini juga membolehkan kita berkongsi rahsia yang menjadi amalannya sehingga masih punya ingatan yang kuat sampai sekarang. Amalan-amalan beliau boleh dicontohi oleh golongan muda sekarang,” katanya.
Menurutnya, amalan kerohanian Nik juga iaitu bangun sebelum Subuh, sentiasa melakukan solat sunat dan rajin berpuasa juga wajar dijadikan ikutan.
Katanya, tema sambutan Hari Warga Emas amat tepat dalam menjulang jasa dan bakti warga emas kepada negara.
“Rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas walaupun bergelar warga emas tetapi mereka masih menyumbang kepada negara, tiada perbezaan antara warga emas dengan peringkat umur lain sebab warga emas masih mempunyai upaya untuk menyumbang sesuatu kepada negara,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Mak Chili, Rosli M Amin meluahkan rasa bangga kerana warga emas paling tua berada di kampungnya.
“Ini menjadi satu keunikan di kampung kami dan diharap warga emas kita sama-sama dapat dihargai,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: