SEJAK kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego.
Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu.
Begitulah antara penceritaan drama terbaharu yang kini sedang rancak ditayangkan di TV3, 7 Hari Mencintaiku.
Ditayangkan di slot Akasia, TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang, drama bersiri 28 episod ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Jaja Illiyes DFKL.
Berkongsi mengenai drama ini, pengarahnya, Jamal Khan berkata, biarpun sering mengarahkan drama adaptasi, namun 7 Hari Mencintaiku membawa sebuah kisah yang berbeza termasuk penceritaan dari sudut pandangan seorang lelaki.
"Saya suka cerita yang sebegini, yang banyak negatif pada awalnya, tapi sebenarnya sarat dengan pengajaran. Selain itu, drama ini lebih banyak memaparkan kehidupan suasana kampung.
"Walaupun ada yang mengkritik kerana melihat banyak sudut negatif yang dipaparkan, namun pada pandangan saya tidak semua paparan dari sudut negatif.
"Bagi saya negatifnya sikap Mia memberi pengajaran untuk orang lain. Apa yang penting, apa yang akan terjadi pada Mia apabila cerita ini hampir sampai ke penghujungnya nanti," katanya kepada Media Hiburan.
Tambah Jamal, drama ini menjalani penggambaran sebanyak 70 peratus di Kuala Selangor, manakala bakinya dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.
"Saya amat memuji komitmen yang diberikan oleh Shukri sepanjang penggambaran drama ini. Kebetulan ketika kami menjalani penggambaran, isterinya hanya menanti hari untuk bersalin.
"Jadi dia sanggup beraling alik dari Kuala Selangor ke Bangi setiap hari walaupun ada ketikanya penggambaran habis pada waktu malam dan keesokannya dia perlu berada di set pada awal pagi.
"Pelakon lain juga turut memberi komitmen yang tinggi, membuatkan saya tidak mengalami banyak kesukaran sepanjang bekerja dengan mereka," ujarnya.
7 Hari Mencintaiku memaparkan kisah Khuzairi (Shukri Yahaya) yang menikahi Mia (Siti Saleha) dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil (Engku Haris) menghilangkan diri pada hari pernikahan.
Mia amat sayang dan percayakan Khalil. Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus (Zulkifli Idris), Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari (Shaharuddin Thamby), iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggu masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut.
Datuk Johari yang licik telah memujuk anak lelakinya itu agar pergi ke Paris untuk berkahwin dengan perempuan pilihannya. Khalil sanggup mengkhianati Mia untuk menyelamatkan syarikat ayahnya.
Untuk menyelamatkan maruah Mia, Datuk Megat Idrus membuat permintaan agar Khuzairi berkahwin dengan Mia. Bermulalah kehidupan baharu Mia bersama Khuzairi di kampung.
Mia tidak senang dengan kehidupan di kampung kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malahan, Mia juga melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan oleh Khuzairi.
Hubungan mereka selalu pasang surut sehinggalah pada suatu hari, Mia sanggup bertindak untuk meninggalkan suami dan anak kecilnya. Khuzairi terkilan dengan kedegilan Mia yang enggan menyusukan anaknya itu walaupun telah dipujuk.
Tiadanya Khuzairi di sisinya, barulah Mia sedar bahawa sebenarnya dia juga menyayangi Khuzairi. Mia akui dengan kesilapannya dahulu dan memohon maaf dengan Khuzairi.
Mia juga merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari. Namun, cukupkah masa selama 7 hari itu untuk Mia cuba meraih kembali cinta Khuzairi?

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: